Patuhi SOP, Kita Masih Belum Menang

181

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT) menggesa agar semua rakyat Malaysia khususnya di Terengganu untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengelak penularan pandemik Covid-19 kerana kita masih belum menang.
.
Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata SOP yang telah ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara(MKN),
yang kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).

“Namun ianya bukanlah petanda untuk kita berasa selesa dan gembira kerana perjuangan membendung penularan pandemik tersebut masih berlaku ” ujarnya melahirkan kebimbangan.

Beliau mengingatkan demikian di dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini di sini

Ketua Muslimat PAS Marang itu berharap agar orangramai terus menjaga diri, keluarga dan masyarakat dengan mematuhi setiap SOP yang digariskan.

” Semoga ujian wabak yang dihadapi segera berakhir, insyaAllah”, tambahnya lagi.

Zarani memuji Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan beberapa fasa sejak Mac lalu.

“Rakyat Malaysia kini kembali menjalani rutin kehidupan dengan amalan norma baharu.

” Berbekalkan pengalaman berkurung dalam tempoh PKP yang lalu, rata-rata rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan keadaan yang sedang dialami hari ini, ” jelasnya.

Katanya, banyak hikmah dan pengajaran yang dapat diambil kesan daripada wabak itu yang membawa kepada fasa-fasa PKP. Perubahan demi perubahan juga berlaku dalam normalisasi kehidupan sama ada keluarga, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

“Hikmahnya lagi, hubungan keluarga menjadi lebih erat, PKP juga banyak mengajar kita mengawal mental dan emosi dengan baik, melatih menerima perubahan normal baharu dalam kehidupan, ” tuturnya lagi.