Pasukan AS Akan Meninggalkan Syria Menjelang Akhir April

342

Amerika Syarikat (AS) merancang mengeluarkan semua tenteranya dari Syria menjelang akhir bulan April, lapor Wall Street Journal semalam.

Bekas dan pegawai AS semasa memberitahu akhbar itu berkata, pejuang tempatan yang disokong AS bersedia untuk merampas lokasi terakhir yang dikuasai oleh Daesh dalam masa terdekat.

Washington akan memulakan penarikan pasukan mereka dalam minggu-minggu mendatang.

Akhbar itu menambah, sebahagian besar pasukan AS ditarik keluar dari rantau bergolak itu pada pertengahan bulan Mac dan kemudian selebihnya menjelang akhir bulan April.

Presiden Donald Trump membuat keputusan yang tidak dijangka pada bulan Disember untuk mengeluarkan semua 2,000 tentera AS dari Syria.

Ekoran keputusan itu, banyak kritikan daripada sekutu dan pihak keselamatan, termasuk kabinetnya sendiri.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sejak itu menegaskan, bahawa Turki bersedia untuk mengambil alih peranan ‘kontra terorisme’ dalam negara yang masih berperang itu, selepas penarikan keluar tentera AS.

AS dan Turki telah melaksanajan satu rancangan, perjanjian Manbij, yang memberi tumpuan kepada penarikan pengganas YPG atau PKK dari bandar itu.|

Ia adalah penting untuk menstabilkan rantau terbabit yang terletak di bahagian utara wilayah Aleppo di Syria.

Turki juga berazam untuk melaksanakan operasi ketenteraan di Syria, timur Euphrates, berikutan kejayaan dua operasi sejak 2016.

Walau bagaimanapun, usaha Washington dan Ankara setakat ini telah meraih sedikit kemajuan, menurut pegawai dan bekas tentera AS memberitahu WSJ.

Oleh itu pengeluaran tentera AS berjalan lebih cepat daripada landasan politik.

“Intinya adalah, keputusan perlu dilakukan,” kata seorang pegawai AS kepada Jurnal.

“Pada satu ketika, kita membuat kemajuan politik, atau mereka harus memberitahu tentera untuk melambatkan atau kita akan pergi (keluar dari Syria) untuk meneruskan tanpa proses politik,” katanya.