PASTI sertai Pekan Budaya

209

Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh DUN Kawasan Marang menyertai pertandingan Mewarna di Pekan Budaya Marang.

Menurut Ketua Penyelaras PASTI Kawasan Marang Haji Fazrull Ismail berkata, “Alhamdulillah terdapat kira-kira 180 pelajar PASTI yang diambil dari setiap DUN dalam kawasan Marang ini untuk menyertai pertandingan ini.”

Kata beliau kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui semalam semasa program dijalankan.

Dalam tumpuan yang sama, beliau juga menyatakan objektif penglibatan PASTI terhadap program tersebut.

“Kita mengambil peluang yang ada untuk menjadikan produk PASTI ini supaya lebih dikenali umum dan sinonim dengan salah satu misi PASTI iaitu pertingkatkan kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan Pendidikan Islam.” Ujarnya.

Penyertaan itu terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 6 tahun dengan diiringi guru-guru bimbingan mereka.