Pasti Mencetak Pemimpin Masa Akan Datang

737

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Alam Ria Pasti yang menjadi acara tahunan disifatkan adalah medan terbaik mencetak kepimpinan di masa akan datang.

Timbalan Pengerusi 2 Jabatan Pasti Kawasan Dungun Mohd Haffiz Mat Nor berkata, pelajar yang sampai ke peringkat akhir pertandingan adalah peserta yang terbaik mewakili Dewan Undangan Negeri masing-masing iaitu, Bukit Besi, Sura, Rantau Abang dan juga Paka.

“Pada tahun ini kita tambah peserta, agar akan lebih ramai pelajar-pelajar yang terlibat, peserta tahun ini seramai 147 orang berbanding tahun lepas,

“bagi memastikan akan lebih ramai bakat-bakat baru yang akan dapat dikesan,” ujarnya, ketika ditemui pihak media pada Sabtu 10 Ogos.

Menurutnya pada tahun ini terdapat lapan kategori yang telah dipertandingkan iaitu hafazan Lelaki dan perempuan.

“Pertandingan sajak bagi lelaki dan perempuan, pertandingan bercerita bagi Lelaki dan Perempuan, pertandingan khutbah bagi lelaki,

“pertandingan pidato bagi perempuan, pertandingan azan bagi lelaki, bagi pertandingan secara berkumpulan pula ialah kalam jamaie dan juga nasyid.

“Kita mengharapkan agar tahun ini kejayaan di tahun lepas iaitu peserta pertandingan bercerita lelaki dari Pastu Al-ehsan, Rantau Abang telah berjaya ke peringkat mewakili Negeri Terengganu di peringkat Jabatan Pasti Malaysia,

“apa yang paling membanggakan ialah kerana telah muncul menjadi juara,” Ujarnya yang juga merupakan pengarah program.

Beliau cukup optimis dan yakin pelajar yang lahir dari sekolah pasti akan mampu menjadi pemimpin islam dimasa akan datang ini kerana sekolah pasti cukup komited dalam mencetak pelajar yang benar-benar mempunyai kefahaman Islam dengan baik kerana itu program seumpama Alam Ria ini diadakan.

“Penguasaan terhadap Al-Qur’an memang ditekankan kerana itu dalam usia yang muda mereka sudah boleh.menghafal Al-Qur’an,

“keberanian mereka juga terserlah dan bakat mereka dapat dilihat,” jelasnya

Menurutnya juga pelajar-pelajar yang dididik di sekolah pasti ini adalah legasi kepimpinan berteraskan Islam di masa akan datang.

“kita akan pastikan pelajar yang keluar dari Pasti adalah pelajar yang paling cemerlang bukan saja dari akademik,

“bahkan dari sahsiah dan ketrampilan diri yang berkekalan dan berterusan sehingga bila-bila” ujarnya.

Katanya, bagi Program Alam Ria peringkat Jabatan Pasti Kawasan Dungun pada tahun ini akan lebih banyak bakat-bakat baru yang mempunyai ketokohan untuk menjadi pemimpin islamik di masa akan dapat dilahirkan.

“Program Alam ria adalah platform terbaik bagi menguji dan menunjukkan penguasaan mereka terhadap Agama Islam Sejak dari usia yang awal,” tambah beliau.