PASTI Dan KAFA DUN Rantau Abang Terima Sumbangan

168

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Sepuluh buah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam(PASTI) dan lapan buah Kelas Fardhu Ain(KAFA) di dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang telah menerima sumbangan untuk menampung perbelanjaan ihtifal yang bakal
diadakan nanti.

Dua institusi pendidikan hasil kerjasama masyarakat setempat itu yang bergerak di atas sumbangan orang ramai dan yuran bulanan pelajar yang tidak seberapa.

Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN)Rantau Abang yang menyedari dengan situasi demikian telah mengambil inisiatif membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

Menurut Pengarahnya, Alias Harun, seperti kelaziman setiap akhir tahun semua institusi tersebut akan mengadakan ihtifal dan amat memerlukan sumbangan kewangan untuk mengadakan majlis penghargaan pelajar – pelajar cemerlang.

“Terimakasih kepada yang ‘komited’ untuk  meneruskan kelangsungan PASTI dan KAFA, walaupun dengan prasarana yang serba kekurangan dan elaun yang tidak seberapa,” ujarnya kepada wakil-wakil guru yang hadir.

Alias berkata demikian ketika menyampaikan ucapan  ringkas di majlis santai di Pusat ADUN Rantau Abang di sini pada 6 November.

Beliau yang turut mencadangkan agar dibentuk satu jawatankuasa di peringkat PASTI yang melibatkan  ibubapa pelajar – pelajar.

“Jika ada masalah timbul boleh dibawa berbincang bersama-sama mencari jalan penyelesaian,” katanya.