PASTI Bukan Sekadar Mengenal Huruf Dan Abjad

1314

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS – Pendidikan pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) anjuran PAS, bukan sekadar mengenal huruf dan abjad sahaja.

Pengarah Jabatan PASTI Kuala Nerus, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, ia juga menekankan pada aspek jasmani bagi mencungkil bakat yang ada pada diri pelajar tersebut.

“Di PASTI, anak-anak yang ada bakat seperti bermain bola sepak, bola jaring dan sebagainya berpeluang mengasah bakat mereka,

“Disini kita lihat anak-anak yang ada potensi dalam bidang sukan dapat kita ketengahkan sehingga mereka berjaya dalam bidang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Sukan Pasti Kuala Nerus di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam.

Oleh itu, Haji Fazil yang juga Ketua Penyelaras Pemuda DUN Seberang Takir mengharapkan ibu bapa pelajar dapat memberi kerjasama untuk sama-sama menyokong apa jua bidang positif yang anak-anak mereka minati.

“Kita berharap,ibu bapa dapat bersama-sama kami(PASTI) dalam memastikan apa jua minat anak-anak mereka dapat kita realisasikan”.Tegas Haji Fazil lagi.

Turut memeriahkan program tersebut ialah ahli parlimen Kuala Nerus,Yang Berhormat(YB)Dato Dr, Khairuddin Aman Razali Attakiri dan YB Tepoh merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu,Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Pesta Sukan PASTI Kuala Nerus menjadi acara tahunan yang melibatkan seluruh PASTI yang berada didalam Parlimen Kuala Nerus.