PAS Yakin ‘Taawun Siyasi ‘ Capai Kejayaan Pada PRU Ke-15

256

KUALA TERENGGANU – PAS Besut yakin ‘taawun siyasi’ diantara PAS dan Umno akan membawa ‘Muafakat Nasional’ mencapai kejayaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Setiausahanya Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, gabungan kedua parti itu akan mengorak langkah yang lebih baik.

“Harap kerjasama ini akan memberi kejayaan didalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 seterusnya dapat mengantikan kerajaan PH di Putrajaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada hari ini.

Dengan kemenangan gabungan tersebut nanti, kata beliau, pemerintahan berteraskan Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Penyatuan Ummah menurutnya akan mengorak hubungan yang lebih baik khususnya bagi Negeri Terengganu.

Tambah beliau lagi, dengan bertitik tolak dari Program Himpunan Penyatuan Ummah baru-baru ini segala aktiviti yang lebih tersusun dapat dilakukan.

“Supaya akar umbi kedua-dua parti dapat menerima sepenuhnya ‘Taawun Siasi’ dan (melahirkan) hubungan yang lebih erat antara penyokong kedua-dua parti,” jelas beliau.