PAS Titikberatkan Soal Integriti

185

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menitikberatkan soal telus dan integriti ketika menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti juga pelbagai pihak.

Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dasar ialah PAS adalah Islam dan meletakkan prinsip-prinsip agama itu sebagai taruhan dan keutamaan.

Jelasnya, hubungan dengan Umno masih tetap mengekalkan pendirian PAS dan tidak bimbang seandainya dikhianati mana-mana pihak.

“(kerana) Apabila nanti mereka tipu kita, Al-Qur’an telah berikan formula kepada kita. (Iaitu) kalau mereka (berniat) menipu kamu? Berserah kepada Allah,”jelasnya.

Beliau berucap demikian, ketika Munaqasyah Ucapan Presiden, peringkat Kawasan Dungun, di Dewan Al Husan Markaz Tarbiyah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, Jalan Tok Kah di sini pada 25 Oktober.

Katanya, pada hari ini semua mengetahui bahawa DAP merupakan parti yang bermasalah serta tidak mempunyai integriti.

Menurut beliau hubungan kerjasama diantara PAS dan UMNO adalah kerana Islam.

“Kamu (DAP) jangan gangu kita (PAS) nak bercakap tentang Islam,” ujarnya.