PAS Tidak Berminat Isu Fitnah

895

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – PAS sebagai sebuah gerakan Islam tidak berminat untuk terlibat dengan ‘isu hanyir’ dan fitnah sebagaimana yang tersebar di dalam media.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata, lambat laun rakyat akan mengetahui kebenaran dan siapa yang menjadi dalang di sebalik penyebaran fitnah itu.

“Jadi kita tak nak politik di dalam negara kita ini isu-isu kepimpinan dikaitkan dengan soal fitnah.

“Itu sangat memalukan dan orang yang menjadi pemimpin mesti berkarisma dan bersandarkan pada kekuatan(pengaruh) bawaan dia, bukannya melalui fitnah,” jelasnya.

Beliau yang juga Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian kepada Buletin Online, ketika ditemui pada Program Sambutan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Besi, di sini, Jumaat 14.Jun.

Oleh itu, beliau yakin dan percaya isu-isu fitnah seumpama itu akan memberikan kelebihan dan kepercayaan rakyat untuk memilih PAS menjadi peneraju negara di masa akan datang.

“(Tambahan pula) kita sentiasa mengajak dan menyeru rakyat kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

“(Agar) kita sama-sama membina negara kita ini dengan satu kekuatan yang membolehkan rakyat menjadi orang yang berperanan penting tanpa mengira latar belakang mereka, semuanya mempunyai hak untuk bersuara dan menikmati kebaikan dari sebuah kerajaan Islam,” ucap beliau.