PAS Terengganu Sentiasa Sedia Hadapi PRU

149

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu sentiasa berada dalam keadaan bersedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya termasuk Pilihanraya Umum (PRU) ke 15 yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, jentera parti sentiasa bekerja tidak kira waktu dan bersiap siaga setiap ketika.

“Kita senantiasa bersedia dan tidak pernah berada dalam suasana yang selesa tapi kita bekerja untuk mencapai kemenangan serta mempertahankan kemenangan yang ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada hari ini.

Sehubungan itu, Ustaz Husain yang juga Anggota Dewan Negara berkata, PAS akan menyokong walau sesiapa pun calon dari Muafakat Nasional.

“Pada pandangan saya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini ini ada kekosongan kerusi.

“Jadi DUN kalau tidak mempunyai satu moral yang baik dan dan tinggi kepada pembangkang kalau sekiranya pembangkang masuk bertanding (PH),” ujar beliau.

Menurutnya, ia tidak akan menjejaskan kerajaan negeri Pahang dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada kerajaan Persekutuan.

Pada pilihanraya Umum (PRU) ke 14 yang lalu, DUN Chini telah dimenangi Barisan Nasional, Dato’ Sri Abu Bakar Bin Harun dengan jumlah Undi: 10,027 manakala PAS, Ustaz Mohd Fadhil Noor dengan jumlah Undi: 5,405.