PAS Teguh Mahu Melaksanakan Islam – Dato’ Mustafa Ali

423

PAS akan berdiri teguh dalam agendanya melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan negara Islam di Malaysia walaupun terdapat bantahan daripada DAP.

“Kita tidak akan bertolak ansur dalam perkara tersebut,”kata Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali mengulangi pendirian Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan telah meminta para pemimpin Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hukuk hudud sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Dato’ Mustafa Ali menegaskan demikian sebagai respon kepada beberapa kenyataan dari pemimpin DAP terutama dari Penasihatnya Lim Kit Siang dan Pengerusi, Karpal Singh.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi berkata DAP tidak sepatutnya menolak mentah-mentah soal hukum hudud dan negara Islam tanpa terlebih dahulu memahami prinsip-prinsipnya.

“Undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang telah gagal. Ia adalah masa yang paling sesuai kepada pemimpin DAP untuk melihat kepada undang-undang Hudud, qisas dan ta’zir bagi menyelesaikan masalah sosial yang bertambah parah,”kata Nasruddin yang menambah, Islam menekankan keadilan kepada semua.

“Karpal Singh menyokong undang-undang sivil yang mmbenarkan wanita dijatuhkan hukuman gantung kerana membuang bayi yang membawa kepada kamatian,

“Ibu yang membunuh anak mereka sendiri sebaliknya tidak akan dibicarakan dibawah undang-undang Hudud. mereka akan dirujukkan kepada undang-undang ta’zir dimana para halim akan menggunakan kebijaksanaan dalam menentukan hukuman,”kata Nasruddin

Beliau menambah, lelaki yang membuang bayi dan membunuhnya akan disabitkan dengan hukuman mati dibawah undang-undang qisas, dimana  hukuman balas di jatuhkan, umpamanya “mata diganti dengan mata” akan dilaksanakan.