PAS Taman Selasih Terima 100 Permohonan Ahli Baharu

2046

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS Cawangan Taman Selasih menerima 100 permohonan menjadi ahli baharu, dalam keadaan PAS diserang dan difitnah kiri dan kanan.

Yang Di-Pertua PAS Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata penyampaian berkesan oleh media kerajaan dan parti mengenai Negeri Terengganu.

“Penipuan berterusan Pakatan Harapan, punca rakyat berbondong-bondong menyerahkan borang keahlian baru,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian di majlis ringkas
menerima borang keahlian, selepas menyampaikan kuliah maghrib di Surau taman
tersebut, di sini, pada 19 Januari.

Manakala ketua cawangan itu, Ustaz Muhamad Asri Kadir berkata, jumlah ahli di cawangan beliau tidak berkurang malah terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Dengan permohonan keahlian ini, jika diluluskan, jumlah keahlian di cawangan ini akan meningkat kepada 150 orang.

“Pasca pilihan raya lalu, walaupun parti-parti kerajaan baharu(memerintah) di pusat cuba menggiatkan usaha mencari keahlian namun parti Islam, PAS tidak pernah ‘terpadam’ untuk terus mendapat sokongan rakyat,” ujar beliau.

Sementara itu, Mohd Najid Hazani, 30, mewakili penduduk taman berkenaan menyerahkan permohonan keahlian berkata, beliau bersama 10 ahli keluarga telah mengisi permohonan menjadi ahli PAS.