PAS Semakin Diterima Masyarakat Besut

1210

 

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT – Sambutan baik terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuktikan parti itu terus diterima oleh masyarakat Besut.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata demikian ketika berucap dalam ‘road show’ Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Besut di Markaz Tarbiyyah Kampung Baharu, Besut pada 11 Mac 2019 lalu.

“Ini terbukti apabila PAS Kawasan Besut telah menjadi johan Pendaftaran Ahli Baharu PAS PAS Negeri Terengganu 2018 iaitu seramai 2109 orang.

“Semua pendokong dan penyokong PAS perlu memainkan peranan penting dalam menerang dan mengajak masyarakat supaya lebih mengenali dan dekat dengan PAS.

“Kita bukan hanya parti politik, kita juga adalah parti dakwah tarbiah.

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Yang Dipertua PAS Kawasan Besut

“Jawablah tohmahan dan persepsi yang dilemparkan kepada PAS dengan penuh berhikmah,” ujar beliau lagi.

Ustaz Wan Azhar juga mengambil kesempatan menyeru kepada semua ahli hadir beramai-ramai bersama keluarga ke Program Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Besut yang akan diadakan di Pantai Air Tawar, Besut pada 14,15 dan 16 Mac ini.

Program ‘road show’ berkenaan turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Tindakan PAS Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan semua sayap PAS daripada pelbagai peringkat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.