PAS Selar Ahli Parlimen PAN Tidak Anggap Isu Kashmir dan Rohingya Sebagai Isu Agama

365

Parti Islam Se-Malaysia menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat (PAN) semalam di Dewan Rakyat adalah dangkal dan langsung tidak sensitif terhadap umat Islam.

Memetik ucapannya, “Dalam isu Kashmir, isu Palestin, isu Rohingya, saya yakin bahawa kita tahu bahawa ini bukan isu agama. Tetapi sejauh mana Kementerian Luar dan Kementerian Penerangan dan Multimedia memainkan peranan, menerangkan kepada rakyat bahawa isu ini bukan isu agama. Kerana saya takut rakyat Malaysia akan merasakan bila kita menyokong negara-negara tersebut kita dianggap rasis kerana kita memperjuangkan Islam akhirnya kita tidak dilihat mempamerkan yang kita benar-benar tidak memperjuangkan hak asasi manusia”.

Ahli Parlimen Hulu Langat (PAN) tidak memahami sepenuhnya asas utama isu yang melibatkan Islam dan umat Islam di luar negara.

Contohnya yang terbaru di Kashmir. Foreign Policy melaporkan, “many Kashmiri Muslims, the dominant group in Jammu and Kashmir and the victims of what they regard as an Indian occupation, the revocation of Article 370 is a nightmare scenario”.

Selain itu, Perdana Menteri Pakistan juga mengatakan, “What the India leadership has done in Kashmir yesterday, is part of the BJP ideology, and Golwalkar, the party’s founding father, of ensuring that Muslims of India would remain as second-class citizens”.

Begitu juga dalam laman web frontline.thehindu.com yang menyatakan, “The BJP uses its brute parliamentary majority to fulfill the RSS long pending demand to annul Jammu and Kashmir’s special status and take the first step towards the Sangh Parivar’s dream of establishing a Hindu Rashtra”.

Semua bukti tersebut menunjukkan tindakan negara India terhadap majoriti umat Islam di Jammu dan Kashmir adalah kerana isu agama. Bertitik tolak daripada isu agama, maka timbul pelbagai isu yang lain seperti isu kemanusiaan, ekonomi dan sosial.

Kenyataan PAN yang kononnya mendakwa dirinya sebagai parti Islam begitu biadap terhadap bukan sahaja umat Islam di Kashmir dan Rohingya malah umat Islam di seluruh dunia.

‘Islam Memimpin Perpaduan’
‘Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera’

YB DATO’ HAJI MOHD AMAR ABDULLAH
Naib Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
9 Oktober 2019 | 10 Safar 1441