PAS Puji Rai Mereka Yang Telah Menyumbang Bakti

120

Oleh ; RR

KUALA TERENGGANU – Tindakan Ahli Jawatankuasa Masjid Seberang Takir yang baru mengambil inisiatif mengadakan majlis keraian kepada beberapa warga yang telah berkhidmat sebelum ini, adalah satu langkah terpuji.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, mereka yang baru dalam jawatan tersebut diharap dapat bekerja dengan ikhlas dan lebih gigih memikul tanggungjawab.

“Ahli-ahli kariah sentiasa mengharapkan sentuhan yang berkesan daripada Jawatankuasa ini.

“Tugas mengimarahkan masjid adalah tugas semua orang yang beriman, bukan kerana memegang jawatan tertentu,” jelasnya.

Beliau yang turut hadir pada Najlis itu, berkata demikian mengulas prgram tersebut, ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, Jawatankuasa yang baharu bagi tempoh 2019-2022 telah dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019 yang lalu.

“Kerjasama dan sokongan yang berterusan serta tunjuk ajar dapat diberikan oleh bekas AJK kepada AJK baharu bagi tujuan mencapai kecemerlangan masjid melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan,” ujar beliau.

Zakaria menambah, bagi menghargai jasa AJK yang lama, sumbangan berbentuk cenderahati diberikan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato’ Haji Ismail Ali dan Ahli Majlis MAIDAM.