PAS Puas Hati Prestasi Kerajaan Terengganu

588
Pelaksanaan Manifesto PRU14; Kerajaan juga bersetuju untuk mendirikan semula Masjid Bujal yang baru di lokasi asalnya

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu berpuas hati dengan kejayaan Kerajaan Negeri itu menunaikan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus memberi sokongan penuh ke atas pentadbiran yang dikendalikan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pesuruhjayanya Dato’ Husain Awang berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) berpuashati dengan langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri melaksanakan semua janji manifesto parti mengikut tahap-tahap yang sesuai.

“Insya Allah ‘team’ yang saya bentuk hari ini (jawatankuasa baharu BPPNT) akan memberi cadangan dan juga pandangan komprehensif kepada saya untuk memajukan negeri Terengganu mengikut motonya Terengganu Maju Berkat Dan Sejahtera,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa (KOMTAQ) di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha BPPNT Haji Muhyidin Abdul Rashid, Ketua Penerangannya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Jabatan Penerangannya, Ustaz Mohd Soud Said.

Berhubung kerjasama PAS-UMNO beliau yang juga Senator Terengganu berkata, keputusan telah dibuat oleh Muktamar Tahunan PAS di Kuantan Pahang baru-baru ini dan beberapa tata cara telah diambil perjalanan oleh pihak PAS Pusat.

Katanya, apa jua yang diputuskan oleh PAS Pusat, Terengganu akan berkolaborasi untuk melaksanakan semua dasar dan keputusan yang telah diambil.

“Insya Allah PAS Terengganu akan ikut arus perkembangan politik yang ada sekarang untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan UMNO di peringkat negeri,” ujarnya lagi

Bagaimanapun menurut beliau kolaborasi secara terbuka masih belum dilaksanakan dan ia akan dimulakan dalam masa terdekat.
Terdahulu dari itu beliau menyebut senarai penuh seramai 36 ahli jawatankuasa BPPNT bagi Sesi 2019-2021.

Katanya, ‘lineup’ (senarai) perlantikan baharu itu menggambarkan tiga eleman utama termasuk mewujudkan golongan pelapis kepimpinan ulama, menyelaraskan di antara pemegang dasar kerajaan dengan pemegang dasar parti dan meremajakan kepimpinan PAS negeri.

Matlamatnya kata beliau ialah untuk memperkasakan parti ke arah mempertahankan kemenangan yang sedia ada.
Senarai jawatankuasa badan itu diketuai oleh beliau sendiri sebagai Pesuruhjaya diikuti dengan Timbalan Pesuruhjaya I, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Pesuruhjaya II, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Dr Alias Razak.

Katanya, Setiausaha BPPNT masih kekal dengan Haji Muhyidin Abdul Rashid dibantu oleh Penolong Setiausaha I, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Penolong Setiausaha II, Dr Azman Ibrahim dan Penolong Setiausaha III, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.
Sementara Bendahari BPPNT yang baharu ialah Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Pilihanraya, Ustaz Ariffin Deraman.

Manakala Ketua Dewan Ulama pula ialah Ustaz Ismail Osman, Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Mohd Nasir Abd Razab dan Ketua Dewan Muslimat Hajah Zarani Othman.

Ahli Jawatankuasa BPPNT juga dianggotai oleh semua Yang Dipertua (YDP) atau wakilnya dan Setiausaha PAS Kawasan seluruh negeri.

Mereka itu termasuk YDP PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, YDP PAS Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, YDP PAS Kuala Nerus, M Shukrimun Shamsudin, Wakil YDP PAS Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.

Wakil YDP PAS Marang, Mohamad Yasin Muda, Wakil YDP PAS Hulu Terengganu, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malek, YDP PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, YDP PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Turut menganggotai BPPNT, Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohamad Nazari Alias, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus, Haji Zakaria Dagang, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said.

Setiausaha PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulong, Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Hamazah Mohd Latif, Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Haji Abdul Hamid Ismail dan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman, Mohd Hafiz Adam.

Turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa ialah Haji Yahaya Ali, Dr Riduan Mohamad Nor, Ustazah Tuan Roslinda Tuan Sulaiman, Hajah Zuraida Md Noor, Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Mohd Kamaruzaman A Wahab dan Prof Dr Badruzaman Yusoff.