PAS Laksana Manifesto Lebih Daripada Yang DiJanjikan

232

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Hampir semua yang dijanjikan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu telah ditunaikan malah pelaksanaannya melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Negeri Terengganu di dalam manifestonya yang kedua puluh telah menawarkan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun.

“Kita telah laksanakan tawaran ini, bahkan jumlahnya lebih daripada RM5 juta, contohnya Yayasan Terengganu sendiri melalui Program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang telahpun mengagihkan sebanyak RM13. 73 juta kepada 1081 pelajardi negeri ini.

“Ini sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke pelbagai universiti di dalam dan di luar negara. Kita beri lebih daripada yang kita janji,” selerohnya.

Wan Sukairi berkata demikian ketika berucap di Forum Hala Tuju PRU 15 di Kuala Ibai di sini pada pada Sabtu 8hb Ogos.

Menurut beliau, sehingga kini telah 65% daripada 20 tawaran manifesto berkenaan telah dilaksanakan.

“Manakala bakinya, telahpun diambil tindakan, tetapi tidak sempurna lagi… sebahagiannya belum dilaksanakan di dalam tindakan untuk dilaksanakan,” jelasnya.