PAS Kembali Mentadbir Persekutuan Selepas 42 Tahun

327

SIDANG MEDIA KHAS PRESIDEN PAS Tarikh: 1 Mac 2020 (Hari ini) Masa: 5.30 petang Tempat: Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut

Posted by Harap TV on Sunday, March 1, 2020

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersedia untuk mentadbir kerajaan persekutuan selepas 42 tahun, sebagai salah satu parti yang menyokong Perdana Menteri baru Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti yang mempunyai keanggotaan lebih sejuta orang itu telah meningkat popularitinya pada lanskap politik tanah air, apabila rakyat kecewa dengan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Pemerintahan PH yang tumbang setelah memerintah selama lebih kurang 22 bulan itu, gagal melunaskan janji pilihan raya umum (PRU) lalu.

Sebaliknya, kerajaan PAS yang ‘nyaman’ di negeri Terengganu sejak menang pada pada PRU Mei 2018, membuka mata semua, Bersama keharmnian di Kelantan, telah mempengaruhi dasar kebangsaan.

Dalam sidang media pada hari Ahad (1 Mac), PAS menggesa agar kerajaan persekutuan dapat meningkat taraf hidup rakyat dan memastikan pembangunan seimbang antara semenanjung dan Malaysia Timur.

“PAS menjangka Kerajaan Persekutuan mengutamakan agenda memulihkan ekonomi negara, merapatkan jurang antara golongan miskin dan kaya dan meningkatkan pendidikan.

“Di samping itu, perlu ada pembangunan seimbang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta menegakkan prinsip federalisme di negeri-negeri.

“PAS menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan majmuk dan menggesa kerajaan supaya adil dan memastikan kebajikan semua orang dipandang tanpa mengira kaum, agama dan gabungan politik,” kata Presiden PAS.

Justeru itu, PAS mengutamakan penyelesaian krisis politik yang bermula sejak seminggu yang lalu, lebih penting daripada tuduh menuduh tentang soal rasuah.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata tidak adil untuk menuduh ahli-ahli kerajaan baru rasuah kerana ahli politik dari PH juga menghadapi tuduhan serupa sebelum ini.

“Apa yang penting ialah menyelamatkan negara dari krisis politik yang berlaku,” katanya, merujuk kepada pergolakan selama seminggu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

“Jika anda mahu menuduh para pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah, PH juga mempunyai pemimpin yang kesnya telah dihentikan daripada pergi ke mahkamah, mereka dibebaskan sama seperti itu,” katanya.

Untuk rekod, PAS adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977, sebelum meninggalkan gabungan itu, atas prinsip Islam.

Pada pilihan raya umum 1978, PAS telah bertanding sendirian tanpa gabungan dengan mana-mana parti, tetapi gagal dan hanya memenangi dua kerusi sahaja.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hadi enggan mengesahkan samada partinya akan diwakili dalam Kabinet Muhyiddin.

“Mari kita buat kerajaan terlebih dahulu, kita boleh bercakap tentang Kabinet nanti,” katanya.

Lihat Video