PAS Jerteh Ziarah Mangsa Ribut Dan Golongan Susah

261

Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad turun menziarahi mangsa ribut dan golongan yang telah melanda beberapa kawasan pada 22 Mei lalu.

Menurut beliau, antara kampung yang ditimpa musibah ialah Kampung Seberang Jerteh, Kampung Padang Landak, Kampung Padang Luas, Kampung Jawek, Simpang Tiga dan Kampung Bukit Kenak.

“Pegawai Penyelaras DUN Jerteh juga turut melawat beberapa buah rumah yang didiami oleh golongan ‘dhuafa’.

“Beliau turut menyampaikan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian di samping sedikit wang bagi menampung keperluan perbelanjaan,” jelasnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Jerteh berkata demikian ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, empat buah rumah di Kampung Jawek mengalami kerosakan terutama di bahagian atap rumah apabila dilanda ribut.

Manakala kata beliau lagi, kawasan Perumahan Kos Rendah Kg Padang Landak pula melibatkan dua buah rumah.