PAS Jadi ‘ Abang Long’

6276

Oleh : Dzakaria Mohd Salleh.

KUALA TERENGGANU – PAS dianggap sebagai ‘Abang Long’ di arena politik negara dalam menyatukan parti-parti politik untuk mendaulatkan Islam khusus bagi pakatan Gagasan Sejahtera.

Ketua Pemuda BERJASA, Iqbal Hakim Abdul Razak menegaskan selagi agenda ini dipegang kuat dan dipimpin oleh pimpinan PAS di dalam Gagasan Sejahtera pasti BERJASA akan terus kekal dengan Gagasan ini.

“Kesepakatan yang digarap antara parti-parti politik, individu dan NGO di PRU 14 perlu dan wajib dikekalkan sehingga PRU 15,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) di Dewan Marina Resort,Kuala Terengganu pada 13 September

Menurutnya lagi, Pemuda adalah sebagai agen perubahan yang akan mentadbir negara pada masa hadapan dengan menerapkan pemahaman yang betul pada masyarakat.

Muktamar DPPM dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man