PAS Is Ready To Cooperate With Everyone Regardless Of Political Affiliation

149

The visit of PAS leaders with the Terengganu Menteri Besar to the office of the Chief Minister of Sarawak is on official matters.

Terengganu Menteri Besar was present with PAS leaders to make a courtesy visit to the Sarawak Chief Minister to strengthen relations between the states in Malaysia.

The meeting between the Menteri Besar of Terengganu and the Chief Minister of Sarawak refers to the relationship between the organizations (subject) of public administration.

The meeting focused more on the cooperation between the Sarawak state government and the Terengganu government which has similar interests in oil royalty claims as well as cooperation in areas of mutual development. Besides discussing the problems and the welfare of the people.

The PAS President’s statement during a recent visit to Bintulu was misinterpreted as saying that PAS did not want the Chinese to rule the government in Sarawak. In fact, PAS does not want Dap to dominate the Sarawak government as it does with the federal government today.

Dap is a chauvinist Chinese party that focuses more on its own people while other ethnic groups such as the Malay Muslim and Bumiputeras are still marginalized.

PAS wants Sarawak to continue to be led by locals, especially Malay Muslims and Bumiputeras and indigenous peoples who can do justice to all races regardless of race, religion and political affiliation.

PAS may cooperate with any party willing to accept the policy of the PAS struggle regardless of government or any political party or NGO and other organization willing to cooperate.

Why PAS does not want to cooperate with Dap is because Dap proved disloyal in forming a relationship. It is clear that the DAP had been in the Barisan Alternatif before. Dap out, after PAS firmly asserted itself with the Islamic struggle.

After Dap found it difficult to form a government, Dap resumed negotiations with PAS and PKR to form a Pakatan Rakyat and while PAS remained firm in its Islamic struggle, Dap still disagreed with PAS policy. It has been proven that DAP cannot be in a relationship with PAS.

When Pakatan Harapan (PH) won the last general election and formed the federal government, Dap again dominated the federal government by taking over the Ministry of Finance and the state government not affiliated with PH government marginalized.

Like the allocation for Sarawak, Terengganu and Kelantan have been deliberately delayed until the Sarawak government says the finance minister is dishonest. Many promises in the last election was not fulfilled like giving Sarawak 20% of oil royalties if PH ruled.

Although PAS is considered by some to be an extremist Islamist party, PAS is not an extremist because it has a PAS Supporters Congress (DHPP) whose members are non-Muslims of various races and religions. It is up to the Sarawakians to evaluate it. You will not know if you do not love.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

PAS sedia bekerjasama dengan semua tanpa mengira fahaman politik

Lawatan pemimpin PAS bersama Menteri Besar Terengganu ke pejabat Ketua Menteri Sarawak adalah atas urusan rasmi.

Menteri Besar Terengganu hadir bersama pemimpin PAS untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak untuk mengukuhkan hubungan antara negeri-negeri di Malaysia.

Pertemuan antara Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sarawak merujuk kepada hubungan antara organisasi (subjek) pentadbiran awam.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada kerjasama antara kerajaan Sarawak dan kerajaan Terengganu yang mempunyai kepentingan serupa dalam tuntutan royalti minyak dan kerjasama dalam bidang yang boleh dimajukan bersama. Selain membincangkan masalah dan kebajikan rakyat.

Kenyataan Presiden PAS semasa lawatan baru-baru ini ke Bintulu disalahtafsirkan sebagai mengatakan bahawa PAS tidak mahu orang Cina memerintah kerajaan di Sarawak. Sebenarnya PAS tidak mahu Dap menguasai kerajaan Sarawak seperti yang berlaku dengan kerajaan persekutuan hari ini.

Dap adalah parti Cina chauvinis yang memberi tumpuan lebih kepada bangsanya sendiri manakala kumpulan etnik lain seperti penduduk Islam Melayu dan Bumiputera masih dipinggirkan.

PAS mahu Sarawak untuk terus diterajui oleh penduduk tempatan, khususnya yang beragama Islam dan Bumiputera Melayu dan orang asal yang boleh berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar perjuangan PAS tanpa mengira kerajaan atau mana-mana parti politik atau NGO dan organisasi lain yang bersedia untuk bekerjasama.

Mengapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Dap kerana Dap terbukti tidak setia dalam membentuk hubungan. Adalah jelas bahawa Dap telah berada di Barisan Alternatif sebelum ini. Dap keluar, selepas PAS tegas menegaskan dirinya dengan perjuangan Islam.

Selepas Dap mendapati sukar untuk membentuk kerajaan, Dap menyambung semula rundingan dengan PAS dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat dan sementara PAS tetap teguh dalam perjuangan Islam, Dap masih tidak bersetuju dengan dasar PAS. Telah terbukti bahawa DAP tidak boleh berada dalam hubungan dengan PAS.

Apabila Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya yang lalu dan membentuk kerajaan persekutuan, Dap sekali lagi mendominasi kerajaan persekutuan dengan mengambil alih Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri yang tidak bersekutu dengan kerajaan PH dipinggirkan.

Seperti peruntukan untuk Sarawak, Terengganu dan Kelantan telah sengaja ditangguhkan sehingga kerajaan Sarawak kata Menteri Kewangan adalah tidak jujur @ kata orang Sarawak pembulak. Banyak janji pada pilihan raya lepas tidak dipenuhi seperti memberi 20% royalti minyak kepada Sarawak jika PH memerintah.

Ini adalah bukti bahawa kerajaan didominasi oleh Dap lebih buruk daripada sebelumnya, jadi PAS menggesa semua pihak untuk tidak menyokong Dap dan sekutunya untuk membentuk kerajaan Sarawak kerana ini akan menjadi lebih buruk bagi rakyat Sarawak.

Walaupun PAS dianggap oleh sesetengah orang sebagai sebuah parti Islam pelampau, PAS tidak pelampau kerana ia mempunyai Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) yang ahlinya adalah bukan Islam daripada pelbagai kaum dan agama. Terserah kepada rakyat Sarawak untuk menilainya.

Tidak kenal maka tidak cinta.