PAS Galakkan Anak Muda Bersukan

244

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sangat mengambil berat akan hal ehwal pembangunan anak muda serta memberi galakkan juga dorongan kepada golongan terbabit agar aktif bersukan.

Ketua Pemudanya, Mohd Ridhuan Yusoff berkata perkara berkenaan tidak sesekali dipandang remeh.

“Kerana itu apa jua keperluan mereka untuk beriadah dah bersukan kita cuba penuhi hasrat mereka termasuklah keperluan untuk mendapatkan jaring, bola, hamper untuk mengadakan pertandingan serta sebagainya.

“Supaya mereka dapat meneruskan aktiviti sihat ini dapat diteruskan, paling utama agar keakraban serta jalinan persahabatan antara mereka terjalin kukuh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika bersama kepimpinan Pemuda PAS DUN berkenaan turun menyantuni anak muda di Kampung Shukor, pada Jumaat, 21 Februari.

Katanya, didalam kunjungan tersebut telah disampaikan kepada anak muda Bola Takraw dengan harapan agar aktiviti bermain takraw pada setiap petang oleh anak muda Kampung berkenaan diteruskan.

“Didalam masa yang sama kita sangat menitikberatkan dari sudut pemakaian agar menutup aurat serta patuh pada syariat serta tidak mengabaikan solat.

“Dengan harapan agar segala perkara yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam serta mematuhi setiap suruhaNya akan melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akhlak, yang akhirnya menjadi sebab berlaku keharmonian didalam masyarakat,” ujarnya.