PAS Felda Jerangau Kehilangan Ketua Berjasa

641

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – PAS Cawangan Felda Jerangau A, pada hari ini kehilangan ketuanya Adam Mohd yang menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam.

Mantan Setiausaha PAS Felda Jerangau, Roslan Jusoh berkata beliau yang lebih dikenali denganbpanggilan Pak Su Adam merupakan aktivis yang berjasa dan sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan Islam.

“arwah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit jantung, seorang yang cukup disenangi, dikenali,

“Semangatnya sentiasa membugar bersama PAS, saya menyimpan kenangan yang terlalu banyak bersama arwah, sering bersama ke Kuliah Tuan Guru Presiden PAS,

“beliau sentiasa mengambil tempat di barisan hadapan ketika kuliah dari muda sehingga ke tua tidak pernah ponteng kuliah, kecuali uzur,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui di kediaman arwah Pok Su Adam di sini hari ini.

Katanya, dengan semangat juang yang dimiliki serta mempunyai keperibadian yang baik dan amanah maka dia turut dilantik sebagai amil zakat.

“Pergaulannya dengan masyarakat cukup baik dengan sesiapa sahaja, ‘kaki’ masjid, mereka yang suka melepak di wakaf mahupun anak-anak muda, pergaulannya tanpa mengira parti samada PAS mahupun UMNO,” ujar beliau.

Sementara itu, Mantan Pengerusi PAS Felda Jerangau, Ismail Daud berkata, beliau turut merasakan kehilangan yang cukup besar sebagai rakan juang yang istiqmah.

“Dialah yang mengantikan saya apabila saya sudah uzur dan tidak berdaya lagi, apabila saya menetap bersama anak saya di DUN Batu Rakit dia yang diamanahkan mengetuai PAS Cawangan Felda Jerangau.

“Tidak pernah merunggut didalam perjuangan, tahu cara dan bagaimana mendekati masyarakat,” jelasnya.

Sehubungan itu Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata tokoh berkenaan tiada galang ganti dan perlu dicontohi.

“Sepanjang kenal dengannya, senang diajar berunding, berbincang dan mudah untuk dihubungi. Masanya selalu ada untuk perjuangan PAS.

“Kerap kali dibawa menziarahi orang kampung dengan sama-sama menaiki motor, dan ketika say berjualan roti dahulu saya juga suk mengajak dia bersama saya, pada kebiasaanny akan ada banyak perkara dibincangkan apabil bersama.

“Di saat PAS tidak memenangi DUN Bukit Besi, samada PRU-13 terdahulu atau baru-baru ini dialah yang sentiasa memberikan kata-kata semangat serta beliaulah tempat untuk saya merujuk,” ujarnya.

Jenazah arwah disolatkan di Masjid Muhajirin Felda Jerangau selepas solat Zohor dan disemadikan di tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau.