PAS Dungun Kehilangan Dermawan Yang Berani

8984

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Pemergian Allahyarham Fakhruzzaman Abas, secara peribadinya disifatkan sebagai kehilangan seorang usahawan berjaya yang dermawan dan sepatutnya menjadi contoh kerana berani menzahirkan diri sebagai ‘orang’ PAS.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan rasa sedih beliau sambil menambah Allahyarham seorang yang kuat berjuang bersama dengan PAS.

“Walaupun ramai yang membantu PAS dari segi kewangan tetapi tidak ramai yang berani menonjolkan diri sebagai penyokong dan ahli PAS” ujarnya dengan nada sebak.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian ketika dihubungi media di sini, pada 9 Jun sebagai mengulas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Fakhruzzaman Abas, pengusaha Keropok Sri Sura awal pagi tadi.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Zam Kropok Sri Sura’ itu meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana sakit batu karang.

“Allahyarham juga banyak membantu untuk menjayakan(menyumbang dari segi kewangan) program-program kebajikan Parlimen, menyiapkan Masjid Lama Kampung Sura dan PAS Cawangan,” tambahnya.

Beliau bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang turut menunaikan solat jenazah di Masjid Lama Kampung Sura yang diimamkan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh