PAS Catat Sejarah Tubuh Cawangan Orang Asal

817

Oleh : Aziz Hambali

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencatat sejarah tersendiri di pancapersada politik tanah air apabila menubuhkan cawangan PAS Pos Lanai bagi orang asal di Cameron Highlands.

Hal ini membuktikan PAS terus diterima dan mendapat kepercayaan oleh segenap masyarakat termasuk orang asal khususnya suku kaum Semai.

Terbaharu, seramai 40 orang masyarakat asal suku kaum Semai, Cameron Highland telah mendaftar keahlian PAS sebulan yang lepas.

Khairi Yaman (nama asal) Khairul Azhar, 51 Ketua Cawangan PAS bagi kaum asal Sumai daerah Lipis berkata, kehadiran mereka ke Muktamar PAS Pusat kali ke-65 adalah kali pertama setelah menubuhkan satu cawangan PAS bagi kaum asli daerah Lipis sebulan yang lalu.

“Perkara menarik dalam PAS, saya memeluk Islam sudah 18 tahun. Sebelum ini ahli umno dan sekarang berhijrah kepada PAS, dengan izin Allah. Harapan saya supaya parti PAS yang memerintah Malaysia” luah beliau yang berkongsi rasa setelah menyertai PAS.

“Kami pilih UMNO sebelum ini sebab kami tidak jumpa lagi PAS. Syukur, akhirnya cawangan PAS ditubuhkan untuk orang asal. Bila dah masuk PAS ini, timbul perasaan dan keinginan hendak tegakkan Islam secara keseluruhannya.

“Kami mendapat tarbiyah ilmu-ilmu Islam secara langsung dari kuliah maghrib seperti kuliah fadhilat amal yang dibimbing oleh imam Masjid Kg Pantuh, kami juga berbesar hati dijemput oleh PAS untuk membuat persembahan gimik perasmian muktamar”. tambahnya lagi.

Perkara tersebut dinyatakannya setelah selesai gimik perasmian yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota.