PAS Besut Yakin Pulih Selepas ‘Dilanda Demam’

1860

Soal jawab bersama Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, yang dipilih semula sebagai YDP Besut.

Soalan – selepas ustaz dipilih dan dilatik semula sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan Besut jadi apa hala tuju ustaz pada zaman kemenangan sedangkan Besut masih lagi belum menang? Apa langkah-langkah seterusnya ustaz ambil?

Pertamanya suka saya nak menyebutkan bahawa perkembangan yang berlaku di kawasan Besut baru-baru ini perkembangan biasa bagi sebuah organisasi.

kita perlu ada ‘check and balance’ dalam kerja-kerja dan ‘check and balance’ ia lahir daripada orang yang melihat dari perspektif yang berbeza.

Kita melihat dalam skop yang kita sebagai pihak yang terlibat dalam pengurusan organisasi.

Walau bagaimanapun ada pandangan-pandangan daripada pihak di luar daripada pihak pengurusan yang melihat bahawa ada beberapa kelemahan yang wujud di peringkat pengurusan organiasasi yang sedia ada.

Sebab itu saya katakan perkembangan yang berlaku itu bukan suatu perkara yang kita kira sebagai satu pertembungan tetapi pada saya lebih kepada ‘check and balance’.

Yang kedua ialah perbezaan pandangan baru-baru ini tidak mengambarkan bahawa PAS kawasan Besut kawasan yang tidak ‘solid’ dari segi anggota dan pimpinannya. Tetapi lebih kepada suatu pendekatan untuk menampilkan pendekatan-pendekatan baru.

Saya kira saya sudah sepuluh tahun dalam pemilihan baru ini dan perlu ada satu ‘reform’ yang berlaku dalam pengurusan dan saya kira bila ada penampilan baru di kalangan sahabat-sahabat yang menawarkan diri dan juga menawarkan khidmat kepada parti. Ia satu benda yang sangat baik bagi sebuah organisasi.

Pada saya tidak melihat bahawa yang berlaku itu sebagai satu musuh tetapi ia lebih kepada bagaimana kita nak memperbetulkan perjalanan pada masa yang akan datang.

Soalan – jadi kabinet ustaz sudah……

Insya Allah petang esok kita bermesyuarat untuk bentuk kabinet jawatankuasa.

Soalan – jadi adakah muka lama atau muka baru yang akan …

Kita akan ambil pandangan semua pihak, insya Allah.

Kita pernah mengambil pendekatan yang disebutkan tadi bila berlakunya pemilihan kita ada sedikit pertembungan di antara kita sesame kita dan pendekatan yang kita buat pada waktu itu ialah mengambil, tarik kembali kawan-kawan yang berbeza pandangan tadi untuk duduk dalam satu organisasi untuk pendekatan yang pernah kita buat.

Dan insya Allah pada ketika ini kita akan melihat pandangan-pandangan, saya bukan saja ambil daripada peringkat bawah tetapi pandangan-pandangan yang lahir daripada kelompok yang diluar maksudnya yang tidak dalam organisasi di Besut tetapi yang berada di pinggiran saamada NGO nya ataupun parti kita tetapi tidak dalam ‘area’ Besut,nak ambil pandangan rakan-rakan yang lain.

Soalan – jadi ustaz yakin semua ini dapat diselesaikan?

Insya Allah akan kembali pulih. Demam ini biasa sekejap saja, insya Allah, Dia panas sekejap dan pastu dia akan reda balik. Bila berpeluh kita akan rasa lebih bersemangat, insya Allah.

Soalan – jadi apa keyakinan ustaz untuk pilihan raya umum (PRU) yang akan datang?

Saya melihat bahawa momentum yang berlaku baru ini sudah agak baik.

Kita telah dapat hantar satu wakil dalam sidang DUN di kerusi yang tidak dapat di jangka pada peringkat awal berlaku momuntem yang seperti itu dan calonnya yang kita bawa calon yang baru.

Dalam masa yang sama kita berdepan juga dalam kelompok ‘area’ Kota Putera beberapa pandangan yang berbeza dan sebagainya.

Tapi Alhamdulillah kita dapat olah dan fokus pada masa itu untuk terjahan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan kawasan dun yang lain terutama dibahagian kawasan Kuala Besut kita menghampiri sebenarnya garisan kemenangan cuma sedikit lagi lonjakan yang perlu dibuat.

Dan kita harap DUN Kuala Besut dapat mengekalkan momuntem baru-baru ini untuk ‘memobilisasi’ jentera yang sedia ada itu supaya mantap dan lebih bertenaga, insya Allah.