PAS Besut Kehilangan Seorang Tokoh Masyarakat

5065
Ustaz Abdullah sangat mengambil berat tentang masyarakat khususnya di Hulu Besut -nUstaz Wan Azhar

Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – PAS Kawasan Besut telah kehilangan seorang tokoh yang sangat dekat di hati masyarakat dengan ‘kepulangan’ Ustaz Abdullah Mat Dan di sini awal pagi kelmarin.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, beliau yang dikenali ‘Ustaz Loh’ meninggal sekitar jam 3.30 pagi dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut kerana ‘batuk berdarah’

“Sepanjang ingatan saya, Ustaz Abdullah sangat mengambil berat tentang masyarakat khususnya di Hulu Besut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang sangat setia kepada parti dan perjuangan,

“serta mudah didekati bahkan suka membantu dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam pada Ahad, 9 Jun.

Menurutnya, dalam parti, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Besut dan pernah diamanahkan sebagai Bendahari, manakala di peringkat DUN, beliau adalah Pengarah MTD Hulu Besut sehingga 2013.

“Bagi pihak PAS Kawasan Besut, saya mendoakan semoga Allah ganjari segala khidmat bakti beliau dengan balasan syurga di akhirat kelak.

“Dan berharap agar semua ahli keluarganya bersabar dalam menerima hakikat yang berlaku ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyifatkan Ustaz Loh seorang yang sangat setia kepada parti dan perjuangan.