PAS Besut Bersedia Menjayakan Kerjasama MN

384

BESUT – Parti Islam SeMalaysia(PAS) Besut bersedia menjayakan kerjasama dengan parti rakan Muafakat Nasional seperti yang diputuskan oleh pemimpin PAS Pusat.

Setiausahanya Cikgu Salahuddin Jaafar berkata beberapa program telah disusun melibatkan kedua-dua pemimpin parti berkenaan.

“Sebagaimana ucapan presiden yang menegaskan supaya jangan wujud sebarang perpecahan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) nanti.

” Presiden menegaskan perlunya pertandingan dua penjuru dalam PRU nanti supaya apa yang berlaku pada PRU14 dulu tidak berulang.

” Alhamdulillah, perwakilan kali ini nampak bersedia bekerjasama dalam Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan yang lebih kukuh selepas PRU 15 nanti, ” jelasnya.

Salahuddin bercakap demikian ketika diminta mengulas perjalanan Muktamar PAS ke 66 di rumahnya di sini pada 18 September lalu.

Beliau turut memuji perwakilan Sabah berucap penuh semangat untuk mengerahkan jentera PAS Sabah untuk membantu calon-calon Perikatan Nasional(PN) dan Barisan Nasional.

“Demi menjaga hubungan antara parti-parti PN, PAS Sabah sanggup menyimpan kesedihan kerana tidak berpeluang bertanding pada PRN kali ini,” ujarnya.

Ini dibuktikan, katanya, melalui perhimpunan jentera PAS Sabah yg telah memenuhi dewan mendengar taklimat dan menerima arahan oleh Timbalan Presiden parti tiga hari selepas muktamar diadakan.