PAS Berbeza Dengan Parti Lain

136

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN -PAS berbeza dengan parti – parti lain di negara ini kerana ia satu satunya pemerintahan yang menyatukan semua kaum dengan cara Islam.

Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia bukan parti yang mementingkan perkauman.

“Kita bukan parti politik biasa, tetapi kita politik yang membawa gerakkan Islam untuk mentadbir.

“Jelas dan nyata, parti DAP mementingkan perkauman dalam politik,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata demikian ketika berucap pada Program Bedah Kitab di Masjid Lama Kampung Sura pada semalam, 10 Februari.

Oleh itu, katanya, sekiranya politik digunakan untuk kebaikan maka baiklah, sebaliknya jika arah yang salah maka buruklah.

“Seperti pisau, kita guna untuk memotong bawang, tetapi jika untuk bunuh orang maka berdosalah kita. Begitu juga dengan politik,” tambah beliau.