Parti Memandu Kerajaan

921

SETIU – Kerajaan Negeri Terengganu yang mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu telah dipandu sepenuhnya oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Pesuruh Jaya Negeri, Dato’ Haji Husain Awang berkata, Jawatankuasa Pelan Tindakan Terengganu Sejahtera (PITAS) yang dibentuk sebelum PRU yang lalu telah merangka berbagai prinsip, dasar, dan corak pembangunan.

Katanya, ia akan memantau perlaksanaan manifesto PAS yang telah pun dikemukakan kepada rakyat sebelum PRU

“YAB Menteri Besar dalam pembentangan bajet baru-baru ini menyebut inilah panduan yang digunapakai kerajaan,

“Ertinya kita memerintah kerajaan negeri bukan diperintah oleh semata-mata seorang yang bernama MB ataupun dikalangan exco atau wakil rakyat,

“Yang memimpin dan memerintah negeri yang memandunya ialah parti dan perinsip-perinsip yang telah digubal oleh parti bagi membentuk kerajaan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan peserta pada program pertemuan bersama Ketua Pengarah Piliha Raya PAS Pusat dan YB Senator Dato Pesuruh Jaya di Dewan Sebaguna Sungai Tarom semalam.

Pertemuan kali pertama yang diadakan bersama pemimpin tertinggi parti ini telah di hadiri hampir 1000 orang terdiri daripada petugas parti.

Turut hadir Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Menteri Besar Terengganu Doktor Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPNT) Haji Muhyiddin Rashid, Pengarah Pilihan Raya Negeri Ustaz Ariffin Deraman,Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir serta Timbalannya yang juga ADUN Jabi Doktor Azman Ibrahim.