‘Panglima’ Mustafa Kamal Laung Ikrar Gesa Anak Kelantan Undi PAS

1192
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mustafa%20kamal.jpg

Berpakaian Melayu tradisional serba hijau, beliau menunjukkan sokongannya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan membacakan satu ‘watikah’.

Watikah itu juga turut mengandungi ikrar yang menggesa “anak-anak Kelantan” di Kuala Lumpur supaya pulang ke negeri pantai timur di utara Malaysia itu pada hari mengundi, Ahad ini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mustafa%20kamal1.jpgMustafa tampil di satu sesi ceramah pilihan raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, lewat malam kelmarin.

Warga Kelantan digesa supaya pulang ke tanah kelahirannya untuk mengundi PAS.

Menurutnya, ini bagi mengekalkan kerajaan parti komponen Pakatan Rakyat itu di tengah-tengah saingan hebat daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Malaysia kali ini dijangka paling sengit yang pernah dihadapi negara itu sejak ia mencapai kemerdekaan pada 1957.