PAN Sepatutnya Kaji Idea Sosialisme DAP!

536

Oleh : Adli Mohamad

Parti Amanah Negara (PAN) sepatutnya adakan seminar pemikiran tokoh-tokoh DAP samada yang hidup atau yang telah mati, bukannya mengadakan program mengkaji idea pemimpin PAS.

Parti itu yang telah terbukti, dilahirkan dan kini dibesarkan oleh DAP tidak sayugia mengambil teladan daripada pemimpin parti yang mereka sendiri menyifatkannya sebagai ‘parti sejarah’.

Tokoh-tokoh PAS seperti almarhum Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan Dr Haron Din, meninggalkan dunia ketika mereka memimpin dan menjadi ahli PAS.

Sebaliknya Mat Sabu, Solahiddin dan Mujahid, meninggalkan PAS kerana kecewa tidak diterima ahli-ahli sebagai pemimpin.

“(Mereka) kata jika Sheikh Fadzil Nor (masih ada) tidak (akan) jadi kerjasama Penyatuan Ummah ini (jelas) pembohong dan DAP tidak akan lari dari PAS.

“PAN jelas berbohong dan membuat dakwaan yang jelas mengelirukan mengenai dua tokoh tersebut,

“Kena ingat pada 21 September 2001, DAP keluar daripada Barisan Alternatif kerana PAS berkeras juga untuk mengeluarkan dokumen Negara Islam.

“Waktu itu Presiden PAS ialah Almarhum Sheikh Fadzil Nor, Mursyidul Am pula ialah Tok Guru Nik Aziz, waktu itu Tok Guru Haji Hadi (merupakan) Timbalan Presiden (PAS),” jelas Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad sewaktu berpdato dalam program Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat negeri Terengganu.

Jelas dakwaan PAN terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz, kononnya tidak boleh bekerjasama dengan UMNO ada satu fitnah hakiki, sedangkan terbukti peranan almarhum melalui jalinan kerjasama dengan Parti Semangat 46.
Almarhum Tok Guru pada waktu itu mempunyai pendirian yang tegas tentang kerjasama dengan Parti Semangat 46 tersebut.

“Maka kita tengok kerjasama ini menghasilkan kemenangan pada Tahun 1990.

“Walaupun pada waktu itu mendapat tentangan (daripada) kumpulan Islah PAS 51. Mereka lawan atas tiket bebas,” ujarnya.

Namun begitu Tok Guru Nik Aziz sesekali tidak bersetuju walaupun didalam pencarian wikipedia ditulis dengan jelas Semangat 46 adalah UMNO asli.

Ia mengesahkan bahawa dakwaan PAN tidak benar sama sekali menolak jalinan kerjasama PAS dan UMNO.