Pada Syurga Di Wajahmu  

158

Saya percaya semua pembaca mengenali Nash, penyanyi utama kumpulan Lefthanded. Dia yang berasal dari Johor, naik bersama kumpulannya sekitar 80 sehingga awal 90 an. Kemudian dia menjadi penyanyi solo. Lagu berjudul Pada Syurga Di Wajahmu, antara lagu ‘hits’ beliau setelah keluar dari Lefthanded. Dalam lagu ini dikisahkan tentang ketabahan seorang isteri dalam menghadapi ujian hidup bersama suami. Lagu ini menyebabkan ramai wanita yang bergelar isteri menangis mendengarnya.

Dalam sesebuah lagu, lirik dan irama yang baik, memainkan peranan untuk menjadikan lagu itu diminati. Ada yang kekal lama, ada yang sekejap diminati orang. Ada lagu itu segera mendapat sambutan, dan menjadi kegilaan orang. Ada lagu yang agak lambat digemari, tetapi ia menjadi ‘evergreen’ atau menjadi sedap setelah digubah semula. Saya ambil contoh lagu Srikandi Cintaku nyanyian kumpulan rock Bloodshed sekitar akhir 80-an dahulu.

Ia adalah antara lagu terhebat ciptaan M. Nasir, tetapi biasa-biasa sahaja bila didengar, kerana Bloodshed kurang mampu memenuhi kehendak M. Nasir. Tetapi apabila dinyanyikan semula dengan diberi nafas baharu oleh Kumpulan May dan Hijjaz, ia menjadi berbeza sekali. Dengan suaranya yang lantang Mus telah menjadikan lagu itu menjadi unik. Begitu juga Hijjaz.

Tetapi berlainan pula dengan Jamal Abdillah, yang dikatakan hanya satu-satunya penyanyi di Malaysia mempunyai suara tiga peringkat ‘octave’ (tanda aras suara tertinggi), dia berjaya menaikkan seri lagu-lagunya. Jika ada orang lain yang cuba mahu menyanyikan lagu nyanyian asal Jamal, Derita Cinta contohnya, ia mungkin tidak semerdu yang asli dendangan oleh Jamal kerana kesesuaian dan keunikan suaranya itu. Allahyarham Saleem pun begitu. Jika penyanyi lain cuba nyanyikan lagu beliau, ia kurang menarik, sebaliknya jika beliau menyanyikan semula lagu-lagu lama, suaranya yang unik itu boleh menenggelamkan penyanyi asalnya.

Lagu dan lirik dalam politik juga tidak jauh sangat bezanya. Irama yang ada, kadang-kadang irama baharu, terkadang juga irama yang lama, yang digubah kembali, menjadi siulan kegemaran politikus. Nyanyian mereka tentang kesengsaraan rakyat, disulami dengan montaj mereka duduk bersila dan bercangkung membanting tulang bersama marhaen, menjadi adegan wajib kepada hampir semua politikus. Apatah lagi apabila hampir dengan pilihanraya. Kadang menjadi, kadang tidak.

Tidak lekang dari ingatan kita ada calon bersama-sama rakyat mengutip sampah, ada yang menyanyi bersama orang ramai, ada yang berceloteh menjanjikan itu dan ini. Tidak kurang juga yang turun ke tempat kotor sebaik mendapat jawatan, kemudiannya senyap. Ada yang sanggup tidur bersama rakyat jelata bagi mempertahankan rumah rakyat dari dirobohkan, kemudiannya bertukar menjadi orang halimunan setelah berubah parti. Itu semua lagu dan irama kempen.

Ianya berkenaan bagaimana mengubah lagu-lagu politik ini menjadi lagu rakyat. Tiada pernah lagi kita melihat politikus berjaya tanpa mereka berkempen bersama dengan rakyat bawahan. Contohnya jika mereka hanya berkempen bagi kemudahan orang-orang kaya atau ahli perniagaan atau golongan bangsawan, tanpa memperdulikan kehendak rakyat terbanyak, pasti mereka akan kalah. Teori ini amat mudah difahami kerana rakyat pertengahan atau miskin paling banyak memegang undi.

Jadi, pada setiap kali PRU, akan ada adegan politikus berjiwa rakyat ini berkelahi dengan para peniaga besar atau bangsawan atau orang-orang kaya, konon mereka akan menentang segala benda yang tidak menyokong rakyat. Tetapi dalam masa yang sama, tangan mereka dihulurkan bagi mendapat dana PRU dari golongan kaya ini. Mana lagi datangnya sumber kempen jika tidak dari golongan ini? Apa yang penting, sokongan rakyat mesti didapatkan. Dana dari taukeh, undi dari rakyat. Tetapi, soalannya siapa yang akan dibela politikus nanti?

Dua hari lalu, Ahli Parlimen PH di Tanjung Piai telah mengadap ilahi. Bermakna, dalam tempoh 60 hari, SPR akan mengumumkan satu pilihanraya kecil akan diadakan di kerusi itu. Maka, seperti biasa, PH akan mengerahkan segala jentera yang mereka ada termasuk kerajaan. Ingat lagi bagaimana seorang Timbalan Menteri PH mengamuk kerana satu pasukan kempennya di Cameron Highland menggunakan kenderaan 4X4 kerajaan, ditahan dan didedahkan ada lambang kerajaan di sebalik pelekat kempen mereka?

Tidak cukup dengan itu, mereka pasti akan mengulang-ulang janji-janji mereka, mahu memberikan itu dan ini kepada penduduk Tanjung Piai nanti. Saling tidak ubah seperti lagu lama, diberikan nafas baharu, untuk didendangkan kepada rakyat, dengan alunan yang gemersik dan gemalai bagi menundukkan hati rakyat agar terhibur dan asyik mendengar lagu mereka itu. Dengan lirik-lirik mengasihani rakyat, mereka adunkan dengan sedikit ugutan di bahagian ‘chorus’ bagi memeras undi rakyat.

Antara lagu-lagu gubahan baharu serta drama muzikal yang dijangka dimainkan oleh Okestra Fitnah dan Opera Cina mereka ialah, Muafakat Nasional yang rasis, tidak membawa kebaikan kepada ummah, hanya retorik bagi meraih undi, penyatuan yang menuju ke neraka. Manakala jangkaan kepada lagu lama yang diberi nafas baharu ialah 1MDB, janji-janji pembangunan, Jho Low, DS Najib, apakah PAS akan menyokong MCA jika MCA bertanding, disamping ada juga acara-acara pecah tanah bagi pembinaan di sana sini.

Nantikanlah penduduk Tanjung Piai, akan ada ‘syurga’ dunia di wajah politikus ini, yang akan dijanjikan kepada kamu dalam masa dua bulan ini. Wajah-wajah yang pernah memberi ‘neraka’ dunia kepada kamu semua, dengan janji kosong yang tiada isi selepas menang PRU lalu. Dengan ungkapan memperbodohkan kamu semua, mereka akan menghamparkan permaidani yang cantik, konon untuk kamu lalui jalan ke ‘syurga’ dunia mereka. Ditaburi dengan bunga-bunga kepalsuan, nyanyian-nyanyian sumbang, tapi pasti kamu kan terhidu busuk ‘neraka’ dunia disebalik semua itu.

Tetapi saya amat yakin dan pasti di Tanjung Piai nanti, untuk lagu-lagu ‘hits’ suatu ketika dahulu pernah dinyanyikan oleh ‘Koir Pembohong’, seperti penghapusan tol, penghapusan hutang PTPTN, pelajaran percuma, harga minyak turun, cukai kereta dikurangkan, nilai RM naik, akan digam dari dipersembahkan kepada umum di sana. Walau pun semua lagu-lagu koir itu pernah mencapai jualan platinum, namun ada beberapa patah lirik yang sangat mengguris hati rakyat dan ahli koir itu pun sudah ramai yang meninggal. Cuma saya tidak pasti sebuah lagu baharu berjudul Aku PM 8 dibenarkan atau tidak untuk dinyanyikan.

Oleh itu, kepada PH, janganlah diharap akan kemenangan dahulu, kembali ke pangkuan kamu. Dengan undi PAS yang bakal membantu BN, insyaAllah akan ditambah pula dengan undian kemarahan dan kebencian rakyat Tanjung Piai untuk meranapkan PH, yang juga impian seluruh rakyat Malaysia yang merdeka. Cukuplah nyanyian sumbang kamu PH. Bak komen berani mati komposer terkenal negara Roslan Aziz kepada satu kumpulan rap tersohor tanahair yang nyanyian mereka lari tempo dalam satu persembahan akhir Juara Lagu pertengahan 90 an dahulu. Kata Roslan, “buka mulut pun dah sumbang”.

Bagi rakyat Malaysia sekarang ini, mereka sudah sangat matang untuk mengadili semua lagu-lagu ini. Mereka tahu siapa yang layak bergelar penyanyi kepada lagu-lagu rakyat ini. Sumbang atau tidak suara penyanyi itu, sudah dapat diagak pada rangkap pertama lagu itu, tak sampai kepada chorus pun rakyat sudah tahu. Sekarang banyak cara mahu membuat kesimpulan lagu-lagu politik yang dimainkan itu adakah bermutu atau tidak. Rakyat sangat bijak menilai seni politik yang dipersembahkan.

Marilah kita, seluruh rakyat Malaysia Melayu Islam dan juga yang membenci kebohongan PH, untuk sama-sama menyumbang tenaga dan harta bagi kemenangan rakyat di Tanjung Piai, tidak lama lagi. Negara pasti akan aman jika rakyat tahu kerajaan tidak memperbodohkan, tetapi menjaga mereka. Episod Tanjung Piai ini boleh kita katakan sebagai detik bersejarah Muafakat Nasional pada percubaan pertama PAS-Umno secara rasmi, walaupun sudah menumbangkan PH beberapa kali sebelum penyatuan rasmi ini.

Mohd Nasir Abdullah
23 September 2019

23 September 2019w