PA Kutuk Kenyataan Pompei, AS Tiada Lagi Peranan Dalam Proses Damai

207
Penempatan haram Israel

Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengutuk pengumuman Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo bahawa penempatan Israel di Tebing Barat tidak akan lagi dilihat sebagai pendudukan haram.

Jurucakap PA Nabil Abu Rudeina dalam satu kenyataan berkata, ia adalah batal dan tidak sah.

“(kenyataan Pompei) benar-benar bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa,” katanya dipetik agensi berita rasmi Palestin, Wafa

Beliau menekankan bahawa pentadbiran AS tidak layak dan tidak pernah diberi kuasa untuk membatalkan resolusi legitimasi antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk memberikan pengesahan kepada penempatan Israel.

Tambah Nabil, pentadbiran Trump juga telah hilang sepenuhnya kredibiliti dan tidak lagi mempunyai peranan dalam proses damai.

“Kami memegang pentadbiran Amerika sepenuhnya bertanggungjawab atas segala akibat dari langkah berbahaya ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Menteri Hal Ehwal Luar Israel Israel Katz, mengalu-alukan pengumuman Pompeo.

“Tidak ada perselisihan tentang hak orang Yahudi ke tanah Israel. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Trump atas sokongannya yang konsisten dan teguh terhadap Israel dan komitmennya untuk meneruskan hubungan antara rakyat di rantau ini dan mewujudkan Timur Tengah yang makmur dan stabil, “kata Katz dalam satu kenyataan.

Israel menduduki Jerusalem dan seluruh Tebing Barat selepas Perang Enam Hari 1967 dan mula menubuhkan penempatan di Tebing Barat pada tahun berikutnya.

Rakyat Palestin mahu Tebing Barat bersama-sama dengan Jalur Gaza bagi menubuhkan negara Palestin yang akan datang.

Undang-undang antarabangsa memandang kedua-dua Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur sebagai wilayah yang diduduki dan menganggap semua aktiviti pembinaan bangunan Israel di sana haram.