Optimis Penyelesaian Isu Pemilikan Tanah Peneroka Felda

183
Peneroka Felda Seberang Tayor Ali Zakaria, 65, bersama isterinya kelihatan gembira bersama geran hakmilik

Setelah setahun perubahan pemerintahan kerajaan negeri Terengganu, tiga tanah rancangan Felda di Terengganu telah menerima Surat Hak Milik dari kerajaan negeri.

Pada 17 Febuari 2019 yang lalu, peneroka Felda Peringkat 3 Seberang Tayor, Kemaman telah menerima Surat Hak Milik mereka dan terbaharu, 18 Ogos 2019 seramai 413 peneroka Felda Kertih telah menerima geran tanah mereka atau dikenali Surat Hak Milik dan disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu di Padang Astaka Ketengah Jaya.

Daripada jumlah itu 309 adalah Peneroka Felda Kertih 4 daerah Dungun dan 104 peneroka pula dari Felda Kerteh 5 daerah Kemaman.

Walaupun tiada penetapan masa penyelesaian, kami generasai anak peneroka Felda Terengganu cukup yakin dan optimis kesemua 21 tanah rancangan Felda di Terengganu akan menerima sepenuhnya Surat Hak Milik mereka dalam tempoh penggal ke-13 pemerintah berakhir.

Hanya sekitar 30 peratus daripa 7,459sahaja lagi penereko Felda belum menerima Surat Hak Milik mereka yang sepatutnya mereka sudah lama memilikinya. Setakat ini kami dimaklumkan tiada masalah besar yang menghalang.

Melihat hubungan baik antara pentadbiran Felda Wilayah Terengganu dan Kerajaan Negeri di bawah pentadbitan YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, kami sangat yakin isu ini dan juga isu-isu lain dapat diselesaikan dengan baik.

Sekian Terima Kasih.

Naraza Muda
Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Terengganu (GENERASI)
19 Ogos 2019