Optimis Capai Sasaran Manifesto 20,000 Peluang Pekerjaan

201

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu optimis akan mencapai sasaran sebagaimana yang dijanjikan didalam manifesto mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata beliau yakin ianya mampu digapai dengan adanya pelaburan di negeri ini didalam industri silika dan sebagainya.

“Justeru, untuk menarik pelabur ke negeri ini, kerajaan negeri mempunyai beberapa strategi, antaranya wujudkan hubungan yang baik dengan pelabur tempatan dan asing.

“Mengadakan promosi pelaburan di Luar Negara Malaysia (MATRADE) bagi mempromosikan produk tempatan di luar negara serta menjalin hubungan dengam Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk mendapatkan pelabur ke negeri ini, “jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dikemukakan kepada beliau, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini, pada Isnin, 16 Julai.

Beliau begitu berkeyakinan, ianya jika mengikut unjuran yang dijalankan mampu menjana jumlah peluang pekerjaan sebanyak 16,750 orang pada tahun 2024 berbanding pada tahun 2019 yang telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 7,087 orang.

Diatas keyakinan berkenaan maka kerajaan negeri menurutnya begitu komited menarik pelabur kerana mekanisme berkenaan akan mampu mengatasi masalah pengangguran didalam Negeri Terengganu.

Jelasnya, walaupun pertemuan telah dijalankan dengan beberapa pelabur asing dari Negara China, Taiwan dan beberapa buah negara lain yang telah menunjukkan minat namun tidak menafikan ianya akan memakan masa bagi pelabur mengambil keputusan dalam jangka waktu yang panjang sebelum mengambil kata putus.