Operasi Gerakan Banjir Bukit Besi Sudah Bermula

396

Oleh : ZSJ

DUNGUN – Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir bermula semalam, dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan lain-lain pada musim tengkujuh tahun ini.

Timbalan Pengarahnya Mohd Hanif Safwan Mansor berkata, operasi tersebut berpusat di di Markaz DUN Bukit Besi yang terletak di Kampung Jerangau Sungai.

banjir H Dungun2Katanya, ia akan bertindak mengumpulkan maklumat tentang banjir, menerima data keperluan penduduk terbabit, bagi disalurkan kepada kampung-kampung yang terlibat dengan musibah tersebut.

Mohd Hanif Safwan yang juga Ketua Jabatan Amal DUN Bukit Besi ketika ditemui di Kampung Kuala Jengal berkata, menambah senarai keperluan amat penting bagi melicinkan gerakan membantu mangsa-mangsa banjir.

“Kami telah bersedia untuk mememberikan khidmat pertolongan kepada penduduk kawasan yang terlibat dengan banjir,

“dengan kelengkapan dan pengalaman terdahulu, in sya allah jentera banjir Bukit Besi dapat menjalankan tugas dengan lancar,”jelasnya.

banjir H Dungun3Menurutnya, pihak Jabatan Amal Kawasan Dungun telah menghantar sebuah bot berukuran 17 kaki beserta enjin 30 kuasa kuda milik jabatan tersebut ke Kuala Jengal.

Katanya, ia sebagai langkah awal bagi persiapan membantu masyarakat di sekitar Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengal, Kampung Rantau Panjang, Kampung Minda dan Kampung Talong.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MTD Bukit Besi, Naraza Muda berkata, Bilik Gerakan Banjir akan beroperasi selama 24 jam apabila bencana berlaku.

“Bilik Gerakan kami di peringkat DUN akan dibahagikan kepada tiga zon……..dan setiap zon akan dipimpin oleh seorang ketua,

“Zon 1 terdiri daripada Kampung Jerangau Sungai, Tepus, minda, Talong dan Lintang dan Zon 2, Kampung Wa, Pinang, Padang Ping, Dendang dan Paya Lawas,

banjir  Dungun4“Manakala Zon 3 pula terdiri daripada Kampung Pasir Raja, Shukor, Belimbing, Jongok Batu dan Kuala Jengal,”tegas beliau.

Katanya, sedikit halangan yang mungkin akan memperlahankan penyampaian agihan nanti adalah kesukaran yang hadapi oleh pihak MTD dalam mengumpul dana.

Beliau berkata, adalah sangat penting bagi pihaknya menghimpunkan barangan makanan dan lain-lain keperluan lebih awal, bagi memastikan, ia dapat disalurkan segera apabila bencana rerjadi.

“Kami mengalu-alukan dan merayu kepada dermawan yang budiman, menghulurkan sumbangan kepada kami bagi menyediakan barangan asas menghadapi banjir seperti lilin, minyak petrol, beras dan bahan-bahan lain yang difikirkan perlu,”jelasnya.

Katanya, sumbangan itu boleh disalurkan kepada akaun MTD BUKIT BESI (CIMB Bank) 8601781810.