Operasi Cegah Pakaian Tidak Sopan Patut Dicontohi

334

Tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) berkenaan peraturan pemakaian kepada wanita Muslim di Kelantan yang mana ianya jelas mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985, Seksyen 5(1).

2. Tindakan yang diambil oleh pihak penguatkuasa adalah sangat berhikmah dan dalam masa yang sama tidak mengaibkan seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

3. Jika diteliti dalam skop maqasid syariah, peraturan yang selari dengan kehendak Allah ini adalah untuk menjaga salah satu dari lima maqasid syariah iaitu maruah seorang Muslim.

4. Penjagaan maruah bukanlah hanya pada pakaian semata-mata, bahkan merangkumi setiap perbuatan dan perkataan seorang Muslim. Maruah juga bukanlah hal yang boleh dijual beli, tetapi ia terbina dari sifat taqwa dalam diri.

5. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu….” Para ulama’ mengatakan menjaga hak Allah adalah mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

6. Diharapkan negeri-negeri lain mencontohi Kelantan dengan mengutamakan pendekatan secara mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berpakaian sopan lebih-lebih di bulan mulia ini.

7. Justeru, menjadi satu tanggungjawab Kerajaan memberikan kefahaman kepada rakyat Muslim untuk menutup aurat sama ada lelaki mahupun perempuan dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Islam Memimpin

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
Ahli Parlimen Kemaman