Operasi Bagi Sektor Getah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

108

Siapakah yang terlibat dengan kelonggaran bekerja dalam sektor getah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan?

1. Pemilik ladang atau pekebun kecil yang memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G)

2. Pembeli getah berlesen yang masih sah dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM)

3. Syarikat pemprosesan getah bagi memenuhi keperluan untuk penghasilan produk peralatan perubatan dan lain-lain.

Semua pembeli getah berlesen dan syarikat pemprosesan getah wajar beroperasi seperti biasa bagi memastikan getah yang ditoreh oleh penoreh dapat dijual dan diproses.

Peraturan keselamatan kesihatan sebagaimana taklimat Kementerian Kesihatan perlu dipatuhi sepanjang proses bekerja dan beroperasi.

Sekian

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
AJK PAS Pusat/ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Isnin 23.3.2020