Nilai Sebuah ‘Tenda’

236

Oleh: Naraza Muda

Sebelum kami sampai ke bumi lombok, rakan ngo yang berada dilokasi menghantar mesej agar kami tidak lupa membawa tenda atau khemah kerana di kawasan gempa tidak ada penginapan rumah jauh sekali hotel.

Semua rumah tumpangan atau hotel hampir musnah dalam kejadian gempa yang melanda dan mengegarkan kawasan lombok utara timur dan barat. Angka korban sudah melebihi 400 mangsa. Jadi kami menuruti cadangan membawa tenda.

Saya hanya membeli sebuah tenda yang mampu memuatkan empat orang dewasa, khas untuk team kami. Sampai di lapangan tempat kejadian ketika matahari mulai terbenam.

Kami cepat-cepat membuka memasang khemah di lapangan sepak bola Dusun Lenggorong kaki gunung Rinjani. Salah satu penempatan yang menjadi laluan trek pendaki.

Semua hampir 200 keluarga penduduk di sini terpaksa berada di kem atau lapangan akibat kediaman mereka yang menggunakan batu bata musnah dalam kecelakaan gempa, hanya yang diperbuat dari jalinan buluh sahaja tidak musnah tetapi mereka tidak mengambil risiko.

Kami sengaja menempatkan khemah di perkarangan sebuah rumah walaupun tidak digalakan oleh penduduk. Kami punyai alasan sendiri untuk mendapat akses perhubungan dengan dunia luar.

Menjelang subuh baru kami tahu kenapa semua penduduk.meninggalkan tapak rumah mereka. Rupanya kawasan sangat berisiko dan kami mulai bergegas lari bila gegaran demi gegaran melanda tempat khemah kami.

Selepas fajar menyising dan gunung Rinjani menampakan diri mereka seiring mitos yang diperdengarkan kepada kami, kami kena beredar untuk tugasan. Ketua kami Sazali Mohd Noor mengarahkan kami bersiap. Hanya khemah ditinggalkan kerana keluarga tapak rumah yang kami duduk ini sangat memerlukan.

Khemah yang saya beli di sebuah Pasaraya sebelum berangkat dari Terengganu dengan harga RM126 menjadi rumah sementara yang sangat bernilai kepada keluarga Zul yang terpaksa ditinggalkan oleh kerana beliau menjadi penunjuk dan supir kepada team kami sepanjang bertugas di sini.

Terima kasih semua penyumbang, walaupun tenda untuk kami, ianya sudah tertulis menjadi rumah buat mangsa….kami tinggalkan untuj mereka. Semoga Allah jua membalas jasa penyumbang dalam tragedi Lombok Berduka ini… Aku, Solahuddin Al-Idrus tidak sempat merasai nikmat tenda ini kecuali Pok Abbass sahaja…kini menjadi milik mereka.