Nikmat Menjadi Manusia Yang Beriman

597

Oleh : Adli Mohamad

MARANG – Menjadi orang yang beriman dan tunduk patuh kepada perintah serta menjauhi larangan Allah adalah sebesar-besar nikmat yang membezakan diantara manusia , malaikat dan haiwan.

Pengarah Institiut Modal Insan Terengganu Sejahtera I-MITS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, akal membeza kejadian antara makhluk yang dijadikan Allah.

“Manusia adalah makhluk yang lebih baik dari malaikat,

“manusia memiliki elemen yang paling penting iaitu adanya akal,” ujarnya ketika menyampaikan Tazkirah Subuh Program Kem Jati Diri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Akademi Bomba dan Penyelamat di Wakaf Tapai, di sini, pada Jumaat, 3 Ogos.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata, keistimewaan manusia yang bertakwa adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan kepada insan.

“Tanda syukur adalah dengan lisan, dengan banyak berzikir,

“zikir dengan hati, menjadi intipati utusan nabi-nabi supaya orang beriman itu dekat dengan Allah” jelasnya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan tentang golongan manusia terbabit dengan gejala songsang LGBT yang dilihat semakin berleluasa.

“Ramai yang ditimpa penyakit ada sekarang, adalah disebabkan LGBT,

“perkara ini perlu pada penyelesainnya yang menyeluruh dan rakyat negeri Terengganu harus sedar,” tambahnya.

Sementara itu, orang beriman itu juga, diumpamakan sebagai batu-bata yang saling melengkapi diantara satu sama lain, sebagimana bangunan yang punyai lantai, berdinding dan mempunyai atap.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Ismail Osman menyifatkan bahawa setiap mukmin yang beriman itu saling mengukuhkan ikatan persaudaraan diantara satu sama lain.

“Masing yang dilantik tidak pernah terfikir untuk menjadi J3K (MPKK), ini adalah pilihan dan ketentuan Allah,

“dalam mengalas tugas itu masing-masing mesti berperanan mengikut tugas masing-masing,” ujarnya.

“Kita umpama satu anggota, satu anggota sakit, seluruh anggota akan turut sakit,

“kena melihat orang lain dengan perasaan sayang, kasihan belas dan menolong semua ahli masyarakat,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, perkara yang dijanjikan wajib dilaksana dan beliau menggesa semua Pengerusi MPKK yang dilantik, menjaga percakapan masing-masing.

“Perlu berfungsi menyampaikan segala kebaikan, perlu mendengar setiap keluhan, dan mestilah sentiasa bermanis muka,

“kena bertemu masyarakat dengan wajah yang berseri-seri,” katanya.

Justeru katanya, jawatan yang diterima adalah laluan kepada setiap ahli jawatankuasa MPKK bagi membantu masyarakat dan kerajaan mencapai hasrat membawa rakyat kepada negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

“Ketakwaan kepada Allah, akan memudahkan segala urusan,

“Kena jaga hubungan dengan Allah, dan juga dengan manusia. Dunia adalah jambatan ke akhirat,” jelasnya.

Kem Jati Diri MPKK berlangsung selama tiga hari, bermula pada Khamis dan akan berakhir hari Sabtu menghimpunkan semua MPKK daripada seluruh kampung-kampung dalam daerah Dungun.