Neelofa Ziarah Tok Guru Nik Aziz

985

Bertuah sungguh Neelofa kerana berpeluang bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, kerana bukan senang untuk mendapat peluang menemui Tok Guru secara berdepan, terutamanya pada suasana Hari Raya.

Pasti banyak yang dibicarakan oleh mereka berdua kerana wajah Neelofa begitu tekun mendengar kata-kata Tok Guru Nik Aziz, yang juga mantan Menteri Besar Negeri Kelantan.

Semoga ada ‘buah-buah’ ilmu baru yang dapat ‘dituai Neelofa dari pertemuan bersejarah itu.

Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Kehadiran Ramadhan yang baru lalu berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.