Nama Presiden PAS Disebut-sebut

12054

Oleh : Haji Yahaya Ali

Rombongan Misi Kemanusiaan Pelarian Syria juga berpeluang berjumpa dengan Presiden Parti Sa’adat di Ankara.

Kesempatan dapat berjumpa Temel Karamollaoglu adalah di luar jangkaan kami.

Oleh itu kami memanfaatkan pertemuan itu untuk berbincang dari isu-isu dalaman Turki hingga kepada isu-isu antarabangsa.

Kami kagum dengan ketokohan beliau yang punyai prinsip perjuangan Islam yang jelas dan sangat berpengetahuan dalam memberikan jalan penyelesaian Islam berhubung dengan sesuatu perkara yang bangkitkan.

Nama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang juga sering disebutkan dan beliau memberi penghormatan yang tinggi kepada Presiden PAS.

Dalam satu pertemuan yang berasingan sebelum itu, pemimpin Dewan Muslimat PAS Malaysia juga berkesempatan berjumpa dengan pimpinan sayap muslimat Parti Sa’adat.

Sebelum balik ke Malaysia rombongan ini sempat menyertai suatu himpunan raksasa ‘Hari Kemarahan Umat Islam’ yang dianjurkan oleh Parti Sa’adat dan rangkaiannya di Medan Yenekapi, Istanbul.

Demonstrasi itu berhubung dengan keputusan Amerika Syarikat bersetuju memindahkan Ibu Negara Haram Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem, Baitul Maqdis.

Kami tenggelam dalam lautan manusia yang begitu ramai. Rakyat Turki terutama di kalangan generasi muda sangat tinggi iltizam mereka terhadap Islam apa tah lagi dalam isu-isu sensitif seumpama ini.

*** Haji Yahaya ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu