Muslimat Tingkatkan Kemahiran Media Untuk Hadapi PRU15

168

Oleh : Emizarina Kamarulzaman

KUALA TERENGGANU – Muslimat Pas Negeri Terengganu berusaha meningkatkan kemahiran media dalam menghadapi PRU 15 dengan penganjuran Bengkel Penulisan Berita.

Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baru, Sharifah Azlina Syed Ismail menyatakan bahawa
Bengkel itu yang dianjurkan memberi fokus fokus untuk melahirkan lebih ramai penulis berita Muslimat.

“Kita juga mahu lahirkan muslimat yang maju menggunakan media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya untuk sebarkan maklumat dengan lebih cepat” tambah beliau.

Peserta bengkel turut diingatkan bahawa pemberitaan yang efektif mampu menjadi agen perubah di dalam masyarakat.

Sementara itu, salah seorang peserta, Wan Maryam Wan Jusoh mengakui bahawa bengkel sebegini sangat bagus dan perlu dibuat secara berkala untuk memantapkan lagi gaya penulisan berita.

Bengkel disertai lapan orang ahli jawatankuasa Lajnah tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Pengarang Warta Darul Iman, Tuan Haji Sazali Mohd Nor bertempat di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu.