Muslimat Tekad Realisasi Muafakat Nasional

403

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Muslimat bertekad untuk merealisasikan gagasan Muafakat Nasional dengan melaksanakan taawun siyasi di atas satu titik persamaan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu, Shamsiah Abu Bakar berkata pihaknya akan bergerak demi untuk menjaga Islam dan bangsa Melayu yang semakin ditekan masa kini.

“Alhamdulillah, satu permulaan yang baik bagi menyatukan umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Terengganu,” jelasnya

Beliau meluahkan hasrat tersebut sewaktu dihubungi  di sini semalam ketika diminta mengulas program Perhimpunan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Muslimat Setiu, Wan Ramlah Wan Abdul Rahman pula menghargai Himpunan tersebut.

Beliau memyifatkan program itu sebagai platform terbaik kepada rakyat mendengar sendiri penjelasan dari pimpinan tertinggi.
.
“Memberi kefahaman yang  jelas tentang isu ini serta dapat menyangkal isu-isu negatif yang ditularkan sebelum ini,” katanya.

Beliau juga berharap dengan kerjasama yang terjalin, negara dapat diselamatkan daripada kemelut politiik yang  berlaku sekarang.

“Kerjasama dalam memastikan Islam di daulatkan, kerja-kerja dakwah dapat berjalan dengan lebih baik dengan mendapat peluang berjumpa sasaran dakwah dengan lebih mudah,” jelasnya.