Muslimat Sokong Penuh Ucapan Dasar

725

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Muslimat PAS Terengganu menyokong penuh Ucapan Dasar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertajuk Islam Memimpin dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke -64.

Naib Ketuanya, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ucapan Tuan Guru adalah ucapan yang sangat mantap, menyeluruh dan tepat dengan situasi politik sekarang.

“Tema “Islam Memimpin” sangat tepat agar setiap pendokong PAS terus menerajui agenda penyelesaian Islam,

“bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),”katanya.

Beliau yang juga isteri kepada Timbalan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Ridzuan Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, semalam 15 September.

Katanya, dalam ucapan Ahli Parlimen meyentuh berkaitan muhasabah Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14, cabaran mendatang, memimpin politik BPMS, memimpin perubahan negara dan memimpin sokongan rakyat.

Selain itu juga, 10 arahan untuk tindakan bersama perlu diambil perhatian oleh semua para perwakilan, pemerhati dan semua ahli PAS yang bertanggungjawab kepada parti.

Justeru, beliau selaku perwakilan pada Muktamar PAS kali ini akan fokus untuk laksanakan arahan Tuan Guru Presiden PAS.