Muslimat Rantau Abang Makan Angin Sambil Kutip Ilmu

222

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Peluang cuti Hari Malaysia 16 September baru-baru ini telah dimanfaatkan sebaiknya Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang makan angin sambil mengutip ilmu dengan berkunjung ke Kelantan.

Ketuanya, Rugayah Mahmood berkata,p Muslimat PAS DUN dalam rombongan tersebut adalah jemputan daripada PAS Cawangan Jalan Intan.

“Tujuan lawatan ini memberi pendedahan dan meningkatkan motivasi di kalangan ahli jawatankuasa di dalam meneruskan gerak kerja mempertahankan kemenangan PAS, memandangkan Cawangan Jalan Intan adalah cawangan baharu,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat Dungun melahirkan rasa syukur dan terima kasih d atas undangan Ahli Jawatankuasa(AJK) PAS Cawangan Jalan Intan di dalam menjayakan jaulah berinformasi tersebut.

Rombongan seramai 44 orang itu bertolak daripada PASTI Jalan Intan pada pukul 12.30 malam dan tiba di Masjid Pulau Melaka hampir jam 4.00 pagi.

” Kami melawat galeri dan makam Tok Guru Nik Aziz, Rumah Hijau, Kediaman Menteri Besar Kelantan.. JKR 10,” katanya.

Beliau yang berpuas hati dengan hasil lawatan, disamping mendapat pengalaman, ilmu dan juga mengeratkan ukhuwah.