Muslimat PAS Terus Santuni Masyarakat Pedalaman

319

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi beriltizam untuk terus menyantuni masyarakat pedalaman secara menyeluruh.

Ketua Muslimat DUN berkenaan, Zakiah Alias berkata, ia bagi menyelami dan mengetahui segala masalah dihadapi masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.

“Kita telah pun memperkasakan organisasi di Hulu Dungun yang mana di peringkat DUN telah menyusunnya.

“Agar kita mampu bergerak secara berterusan, tersusun serta terancang di peringkat muslimat bagi tahun 2020 serta menambah keahlian PAS dari muslimat di pedalaman,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas dari program ziarah kebajikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan pedalaman Hulu Dungun, semalam.

Menurutnya, program tersebut diadakan bertujuan untuk menghimpunkan muslimat PAS di kawasan pedalaman.

“Kita telah bergerak selama empat hari bermula Ahad, hari ini (semalam) sehingga hari Rabu.

“Alhamdulillah kita akan rangkakan satu perancangan yang tersusun sebagaimana peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD), PAS kawasan serta negeri mahukan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar masyarakat diperingkat di DUN berkenaan dapat bersatu hati dan bergerak seiring dalam memastikan rakyat mendapat kebaikan daripada Kerajaan PAS.