Muslimat PAS Tarik Masyarakat Melalui Kebajikan

304

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Muslimat PAS DUN Bukit Besi tawan masyarakat Hulu Dungun melalui program ziarah kebajikan.

Ketua Muslimatnya, Zakiah Alias berkata, ziarah tersebut telah dijadikan aktiviti bulanan.

“Hari ini yang kita pilih adalah menziarahi warga emas seramai sembilan orang yang dipilih, yang mana terdiri dari mereka telah uzur dan perlu diberi perhatian.

“Kita hulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan bahawa PAS tidak pernah meminggirkan warga emas malah sentiasa menghargai golongan berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program ziarah di Kampung Rantau Panjang, Rabu, 10 Julai.

Menurutnya, program kebajikan merupakan satu program yang sangat efektif untuk menyedarkan masyarakat tentang keberadaan PAS sentiasa berusaha mendekati hati rakyat dengan Islam.

“Kebajikan merupakan satu juzuk didalam ajaran Islam yang amat dititik beratkan.

“Melalui kebajikan sudah pasti ianya akan dapat menyemai dan membajai perasaan saling berkasih sayang sesama umat Muhamad,” ujarnya.

Kata Zakiah, aktiviti yang diadakan secara bulanan di DUN tersebut diadakan secara serentak dengan majlis bacaan Yassin.

“Dimana aktiviti ziarah dilakukan pada sebelah pagi pada sebelah petangnya dengan diadakan bacaan yassin bersama penduduk di sini,” ujarnya.

Diantara objektifnya adalah PAS konsisten ingin menyedarkan masyarakat bahawa PAS adalah satu-satunya yang perlu menjadi pilihan masyarakat Hulu Dungun.

Tambahnya,ianya juga dapat menyatukan seluruh segmen masyarakat dan berlaku adil tanpa pilih kasih ketika berada di tampuk pemerintahan.