Muslimat PAS DUN Bukit Besi Ziarah Mangsa Rumah Terbakar

399

Oleh ; Adli Mohamad

DUNGUN – Muslimat PAS DUN Bukit Besi merasai keperitan yang dialami mangsa dua rumah terbakar dengan menziarahi mereka semalam.

Mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu ialah, Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad dan juga turut melibatkan rumah yang didiami oleh Engku Zulkifli Engku Rashid.

“Dimana kejadian dimaklumkan berlaku pada pukul 1.25 tengahari di waktu para muslimin sedang sibuk bergegas untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid.

“Anggaran kedua-kedua buah rumah melibatkan ratusan ribu ringgit, jadi muslimat pada hari ini telah turun menyampaikan sedikit sumbangan walaupun tidak seberapa namun bolehlah dikira sebagai sumbangan ikhlas dalam membantu meringankan mangsa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semalam, 6 Julai.

Menurutnya, beliau mendoakan agar setiap apa yang berlaku dipermudahkan dalam segala bentuk bantuan yang disalurkan.

” Diharapkan agar mangsa menerima keadaan ini kita perlu terima, yakin dan percaya setiap qada dan qadar yang berlaku ada hikmahnya.

“Serta kita yakin dan percaha bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar,” tambah beliau yang turut menziarahi rumah yang ketiga dimana hampir terbakar.

Sehubungan itu, pihak muslimat melancarkan derma kilat bagi membantu meringankan bebanan mangsa.

Sumbangan derma kilat boleh disumbangkan secara terus ke akaun Maybank 113015277506 atau menghubungi secara terus kepada Mohd Sidek Muhammad di talian 011 10353565.

Manakala untuk Engkus Zulkifli Engku Rashid boleh disalurkan bantuan ke akaun Maybank 163037068114 dan boleh menghubungi beliau di talian 011- 33492606.